Followers

Wednesday, 7 September 2011

Tentang Breast Cancer

APAKAH KANSER PAYUDARA? 
  • Berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. 
  • Boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati
  • Kanser paling tinggi dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.


PENYEBAB? - Tidak diketahui. Setiap wanita berusia 20tahun keatas adalah berisiko. Faktor-faktor mungkin menambahkan risiko:

  • Usia meningkat
  • Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
  • Telah mendapat kanser pada satu payudara.
  • Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
  • Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
  • Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.


TANDA DAN GEJALA KANSER?
  • Benjolan di payudara atau ketiak
  • Perubahan bentuk dan saiz payudara yang luarbiasa
  • Kerutan atau lekuk yang luarbiasa pada payudara
  • Puting payudara tertarik ke dalam
  • Pendarahan atau lelahan luarbiasa dari putting payudara.

PERINGKAT KANSER? - Ditentukan mengikut tahap pembiakan.

Peringkat 0 (tumor) : Kehadiran tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri.
Peringkat I (awal)   : < 2 cm &  belum merebak. 

Peringkat II           : 2 to 5 cm & belum merebak; atau < 2 cm tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak. 
Peringkat III          : > 5 cm dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.
Peringkat IV          : Kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

PENCEGAHAN?

  • Pemeriksaan Sendiri : Sebulan sekali
  • Pemeriksaan Klinikal : 20 - 40 tahun - 3 tahun sekali dan 40 tahun - setahun sekali.
Lately ni saya rase sakit pada breast kanan saket yang berdenyut. Dulu i pnah wt check up kt Hospital Pantai mase umo 23. Riso ni sbb xpnah g cek da pastu T_T. For those yang xtau, bagi wanita berumo bawah 40 cume perlu wat ultrasound. Harge? Around 120-150. Atas 40 baru wt mammogram. 





2 comments: